❤Bulan Siang❤
Thursday 24 November 2011 | 3:11 am | 0 love drops
Kita telah terpisah
Di antara langit dan bumi
Maaf segala yang terlebih dan terkurang
Lewat kata-kata dan tingkahlaku
Segala yang kulakukan demimu
Supaya kau menjadi manusia
Yang lebih bergaya dan berjiwa
Telah kuhalal semua yang kuberi


Usah sebut kata rindu
Jangan bilang harimu
Jadi tidak bermakna tanpaku
Kerana ada aku dan tiada
Seolah tidak meninggalkan bekas di hatimu
Hilangku dari sisimu
Hanya masa kehilangan yang sementara
Dan segalanya akan jadi seperti sedia kala
Apabila di singgah hidupmu
Ada yang lebih bererti daripada aku


Usah juga berkirim salam
Usah lagi kau tetap gambar kenangan
Kerana ingatan terhadapmu
Mahu kuizin jauh
Sehingga tidak meninggalkan kesan
Bukan benci atau dendam
Menjadi api yang membakar diri
Tapi hanya aku rasa berkecil hai
Padamu aku umpama bulan yang terbit siang
Wujud tanpa diintai,sinar tidak dicari


#sajer2jertulispuisini

o'u

Hearts, Ohh Hanaz

♥ Past / Future ♥